Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu yang menandatangani kesemua empat dokumen yang masyhur berhubung dengan Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774), Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton, Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun 1766 hingga tahun 1789. |