Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.fron.ta.si] | کونفرونتاسي

Definisi : 1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermu­suhan); 2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlaku­nya pergaduhan (peperangan dsb): kerana masing-masing hendak melamar gadis yg sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu; dgn jatuhnya Presiden Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia; berkonfrontasi 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.fron.ta.si] | کونفرونتاسي

Definisi : perbuatan memusuhi atau menentang sesuatu pihak; persemukaan antara dua pihak yg bertentangan (bermusuhan). berkonfrontasi bermusuhan (antara dua pihak); bersemuka antara dua pihak yg bertentangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konfrontasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA

KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KONFRONTASI

Konfrontasi, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

Temenggung Jugah anak Barieng, Tun

(1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan

salah seorang yang menandatangani Perjanjian

Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963.

Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai

Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974.

Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan

Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai

delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk

mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu.

Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan

suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku

kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi,

Kalimantan , Indonesia .

UMUM 
SUARA MALAYSIA

SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia.  Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963.  terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.  Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari.  Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia.  Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas