Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sul] | کونسول

Definisi : pegawai yg dilantik oleh sesebuah negara utk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing; ~ jeneral konsul yg terutama atau ketua konsul (yg mengetuai konsul-konsul lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.sul] | کونسول

Definisi : orang yg dilantik utk mengurus hal-hal perniagaan dan menjaga kepentingan rakyat sesebuah negara di negara asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONSUL

Konsul ialah pegawai yang dilantik oleh kerajaan

sesebuah negara untuk berkhidmat mengawasi

kepentingan perdagangan dan kebudayaan

negaranya di sesebuah bandar di negara lain.

UMUM 
D’ ALMEIDA, JOSE

D’ Almeida, Jose (1784–1850), doktor dan

pelopor perniagaan di Singapura. Dia menjadi

pemimpin komuniti Portugis tempatan dan dilantik

sebagai jeneral-konsul bagi Portugal.

UMUM 
REGULUS, MARCUS ATILIUS

Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah

jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya

diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat

patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil

kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai

kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika

dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ).

UMUM 
BONAPARTE, NAPOLEON

Bonaparte, Napoleon (1769-1821), konsul Pertama Republik Perancis (1799-1804), Maharaja Perancis (1804-1814). Napoleon dilahirkan di Ajaccio, Corsica sebuah pulau di Laut Mediterranean, pada 15 Ogos 1769 dan merupakan anak keempat kepada Carlo Bonaparte, seorang peguam dan Letizia Ramolino. Keluarga bapanya adalah bangsawan Tuscan (Itali) yang telah berhijrah ke Corsica pada abad ke-16.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas