Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.téks] | کونتيک س

Definisi : (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang ter­tentu yg ada kaitannya atau dapat dihubung­kan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konteks


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELOHIM

Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud

dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks

penggunaannya.

UMUM 
DEMANGDEMANG, ketua sebuah daerah; yang berasal daripada perkataan Sunda. Konteks penggunaannya agak berbeza-beza di beberapa tempat di Alam Melayu ini.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ASAS AL-BALAGHAH

Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus

perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari.

Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar.

Dia menyusun kamus ini dengan cara yang

berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya.

Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan,

penjelasan makna perkataan dan keterangannya

mengikut cara konteks.

UMUM 
DAULAT

DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RASI

RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya.  Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan.

BUDAYAKonsep
KAMUS PELAJAR

KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam  hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASAPenerbitan
NUSYUZ

Nusyuz, derhaka atau ingkar.  Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

.
AGAMAKonsep
BERSUNYI-SUNYIAN

BERSUNYI-SUNYIAN, perbuatan berdua-duaan lelaki Islam dengan perempuan Islam yang bukan muhrimnya.  Ini termasuklah perbuatan bersekediaman atau bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi dalan keadaan yang mendatangkan syak.  Dalam konteks undang-undang Islan di Malaysia, keadaan ini disebut berkhalwat.

BUDAYAKonsep
PERTUKANGAN

PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin.

BUDAYAKraf Tangan
ORANG DAGANG

ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
12

Kembali ke atas