Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.té.na] | کونتينا

Definisi : (konténa) bekas berupa peti besar drpd logam atau kayu yg digunakan utk me­muatkan barang supaya mudah diangkut dgn kapal, lori dsb; mengkontenakan menghantar kargo atau barang dgn memasukkannya ke dlm kontena; pengkontenaan perihal (proses atau perbuatan) mengkontenakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontena


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUATAN

Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan

mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu

tempat. Kereta api masih mengangkut muatan

berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi

di kebanyakan negara industri, jalan raya

mengangkut lebih banyak muatan berbanding

kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari

kilang ke gudang, dan dari gudang kepada

pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui

kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang

dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus

ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal

kargo. Pengenalan muatan berkontena telah

mengurangkan kerja pemunggahan naik dan

turun, serta pemunggahan semula barangan

dengan banyaknya.

UMUM 
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 

Kembali ke atas