Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pé.pod] | کوڤيڤود

Definisi : (kopépod) (Bio) sj krustasea halus akuatik drpd subkelas Copepoda yg merupa­kan komponen utama plankton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopepod


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOPEPOD

Kopepod ialah krustasea kecil dalam kelas

Krustasea. Kopepod boleh hidup dalam air tawar

atau air laut.

UMUM 
SHAD

Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak

hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60

sentimeter panjangnya dan beratnya lebih

daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan

makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang

Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari

Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan

plankton (organisma laut mikroskopik),

terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod.

Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah

ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad

dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan

sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di

Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah

ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun.

Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi

daratan dan tidak berhijrah.

UMUM 

Kembali ke atas