Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pe.ra.si] | کوڤراسي

Definisi : 1. syarikat yg dianggotai dan diurus­kan oleh sekumpulan orang utk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dsb), dgn faedah dan keuntungannya dikongsi bersama: ~ pertanian; 2. bp perihal bantu-membantu, kerjasama; berkoperasi berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pe.ra.si] | کوڤراسي

Definisi : badan atau pertubuhan yg dibentuk bersama oleh sekumpulan orang utk sesuatu tujuan: ~ itu ditubuhkan utk membebaskan petani drpd cengkaman orang tengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koperasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOPERASI PENGGUNA

Koperasi pengguna lihat Koperasi.

UMUM 
KOPERASI

Koperasi ialah sejenis perniagaan yang dimiliki

oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan

perniagaan itu sendiri.

UMUM 
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHMenguruskan hal-ehwal tanah dan koperasi.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ALLEY, REWI

Alley, Rewi (1897–1987) ialah penyair New

Zealand, menjadi terkenal kerana usahanya dalam

koperasi perindustrian di China. Dia diberi

penghormatan di sebuah muzium di Wuhan yang

didedikasikan kepada pengasas Revolusi Komunis

pada tahun 1949.

UMUM 
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 
MAHARANI AND COMPANY

MAHARANI AND COMPANY, antara syarikat kerjasama Melayu yang terawal. Syarikat kerjasama ini telah ditubuhkan pada tahun 1925 oleh sekumpulan orang Melayu Muar, Johor. Syarikat kerjasama mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1921. Pada tahun 1922, satu enakmen koperasi telah digubal di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berasaskan enakmen ini, Undang-undang Koperasi bagi negeri-negeri lain juga telah digubal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
YAHYA SAMAHYAHYA SAMAH (1932-    ), penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1932 di Hulu Kelang, Selangor.  Nama penuhnya ialah Yahya bin Abu Samah.  Dia juga menggunakan nama pena Yabas dalam penulisannya.  Yahya menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Kelang (1939-1947).  Kemudian dia menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1949-1952) dan Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (1960-1962).  Mulai tahun 1967, dia berkhidmat pula dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Pada mulanya dia hanya menjadi pengarang Majalah Pemimpin, tetapi kemudiannya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kuala Kubu Baharu dan sebagai Pengelola Kebudayaan Negeri Terengganu.  Sebelum bersara, dia pernah menjadi pengarang Majalah Gelanggang dan Pengurus Koperasi Belia Nasional (KOBENA).SASTERATokoh

Kembali ke atas