| MUZIK KORUS | Muzik korus lihat Muzik klasik. | UMUM | |
| ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
| KANTATA | Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik. Kantana boleh digubah daripada suara solo atau gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus. | UMUM | |
| SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (1896–1985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 – nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
| AESCHYLUS | Aeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |