KOSA KATA | Kosa kata ialah jumlah bilangan perkataan dalam sesuatu bahasa. | UMUM | |
KAMUS UMUM | KAMUS UMUM, kamus yang tidak mengehadkan kata entrinya kepada kata daripada golongan atau jenis tertentu seperti kata dialek, kata sukuan, kata teknikal, kata slanga dan sebagainya. Biasanya kosa kata yang terkandung dalam sesebuah kamus umum merupakan kosa kata yang difahami oleh masyarakat umum sesuatu bahasa. Kamus umum dalam sesuatu bahasa lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu umum deskriptif dan umum standard. | BAHASA | Penerbitan |
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT | PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah. Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya. | BAHASA | Konsep |
THACKERAY, WILLIAM MAKEPEACE | Thackeray, William Makepeace (1811–1863), salah seorang penulis novel agung Inggeris Zaman Victoria . Novelnya Vanity Fair merupakan salah sebuah novel yang terbaik dalam kesusasteraan Inggeris. Thackeray menulis dengan gaya yang menarik dan bersemangat, kosa kata yang mudah dan struktur ayat yang jelas. Ciri-ciri ini, digabungkan dengan pandangan hidupnya yang jujur, memberikannya kedudukan yang penting dalam sejarah kesusasteraan realistik. | UMUM | |
PIGAFETTA ANTONIO | PIGAFETTA ANTONIO (1491-1534), ahli pelayaran bangsa Itali yang menghasilkan senarai kosa kata Melayu yang pertama. Dia lahir di Vicenza, Itali. | BAHASA | Tokoh |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |
BAHASA MELAYU SINGAPURA | BAHASA MELAYU SINGAPURA, nama lain bagi bahasa Melayu di Singapura apabila Negara itu diwujudkan pada bulan Ogos 1965. Sebelum itu, bahasa Melayu tetap dikenal di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sebagai satu bahasa yang sama, baik dari segi istilah mahupun tatabahasa, kosa kata, ejaan, sebutan dan istilahnya. | BAHASA | Konsep |
PERKAMUSAN MELAYU | PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya. Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis. Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya. Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya. | BAHASA | Konsep |