| PEMBEDAHAN KOSMETIK | | UMUM | |
| KOSMETIK | Kosmetik ialah bahan yang digunakan pada tubuh seseorang untuk membersihkan, menambah kecantikan, atau mengubah perawakan seseorang. | UMUM | |
| MINYAK ATAR | Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu minyak pati yang didapati dengan melalukan wap pada kelopak bunga. Minyak pati memberi kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar digunakan untuk memberikan bau kepada minyak wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria. Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana bau bunganya yang kuat dan harum. | UMUM | |
| MINYAK MINERAL | Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. | UMUM | |