SINAR KOSMIK | Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada zarah subatom yang membawa satu cas elektrik, seperti proton, elektron, dan nukleus atom. Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat. | UMUM | |
ANDERSON, CARL DAVID | Anderson, Carl David (1905–1991) ialah ahli fizik Amerika yang menemui dua partikel subatomik – positron dan muon . Dia mengenal pasti partikel-partikel ini semasa mengkaji sinaran kosmik dengan bantuan bilik awan Wilson (lihat Sinar kosmik) . Bagi penemuan positron, Anderson berkongsi Hadiah Nobel tahun 1936 bagi kategori fizik dengan Victor F. Hess. | UMUM | |
MILLIKAN, ROBERT ANDREWS | Millikan, Robert Andrews (1868–1953), ahli fizik Amerika, yang menjadi salah seorang ahli sains Amerika Syarikat yang paling dikenali ramai. Dia terkenal kerana ukuran cas elektrik yang dibawa oleh elektron, dan kerana sumbangannya terhadap penyelidik sinar kosmik. | UMUM | |
TIUB FOTOPENDARAB | Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya berbanding mata manusia, dan digunakan untuk mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah. Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang kelipan]. | UMUM | |