NIKOLAIS, ALWIN | Nikolais, Alwin (1912–1993), koreografer (penggubah tarian) Amerika. Koreografinya memperlihatkan kombinasi gerakan manusia, kostum, pencahayaan, props, dan pemandangan yang bijak. Dia mereka bentuk setiap unsur sesuatu persembahan dan menggubah muziknya. | UMUM | |
MAJLIS TARIAN BERTOPENG | Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan kostum yang beraneka ragam dipakai. | UMUM | |
SEWA | Sewa biasanya merujuk kepada bayaran untuk menggunakan sesuatu, contohnya rumah. Tetapi barang lain juga boleh disewa seperti kereta atau kostum pakaian beragam. Istilah sewa dalam ekonomi, mempunyai makna teknikal dan sering digunakan hanya untuk tanah. Rencana ini membincangkan sewa ekonomi . | UMUM | |
BARONGAN | Barongan, baju topeng yang merupakan kostum untuk watak dalam sejenis tarian yang terdapat di Johor, Malaysia dan Jawa, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
DRAMA PENTAS | DRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PERIDOT | Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. | UMUM | |