Norfolk di England, ialah kaunti Broads, jalan air yang panjang, bermensiang dan tasik yang dikunjungi oleh beribu-ribu orang yang bercuti dan mereka yang berminat belayar setiap tahun. Norfolk mempunyai banyak kincir air, gereja yang cantik, dan kotej yang dibina daripada flin. Fens, ciri yang tersendiri topografi Norfolk, adalah kawasan tanah rendah berpaya. Norfolk adalah kaunti perladangan utama. Peladangnya pada tahun 1700-an adalah antara yang pertama menggunakan kaedah perladangan baru, seperti pusingan tanaman. |