NAJIS | Najis, sesuatu benda yang kotor. Najis berasal daripada perkataan Arab, najasa yang bermaksud mengotorkan, menjadikan tidak suci dan tidak bersih. | AGAMA | Konsep |
KURAP | Kurap ialah penyakit kulit yang menyerang anjing, kuda, biri-biri dan lembu. Kurap menyerang haiwan yang kotor dan terbiar, yang hidup dalam kumpulan atau dalam keadaan sesak. | UMUM | |
TABU | Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat yang dilarang oleh undang-undang atau budaya. Perkataan taboo berasal daripada perkataan Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor. Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan atau menyentuh barang larangan akan ditimpa bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum orang yang melanggar larangan ini dan menyisihkannya. | UMUM | |
BEKAM | BEKAM, cara pengubatan tradisional untuk mengeluarkan darah kotor atau angin daripada badan seseorang dengan menuris kepala atau belakang badan dan menghisap darah dengan tanduk atau cawan yang panas yang ditelungkupkan pada tempat yang dituris. | BUDAYA | Konsep |
SENOI | SENOI, kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud orang atau manusia. Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai. Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya. Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |