PENULISAN KREATIF | Hasil karangan atau satu hasil tulisan. | SASTERA | Konsep |
STEICHEN, EDWARD | Steichen, Edward (1879–1973) ialah jurugambar Amerika yang membantu memajukan fotografi sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya, Steichen seorang pelukis di samping jurugambar. Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang lembut dan kabur tentang landskap dan manusia. | UMUM | |
MOZART, WOLFGANG AMADEUS | Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791) ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara genius muzik yang terulung dan paling kreatif sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn, Mozart merupakan penggubah stail klasik yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36, tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600 gubahan. | UMUM | |
KANAK-KANAK BERBAKAT | Kanak-kanak berbakat merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan otak yang tinggi ataupun mempunyai daya kreatif yang luar biasa – atau kedua-duanya – dalam satu ataupun dua bidang. | UMUM | |
PESTA ADELAIDE | Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali. Pesta ini menarik penyertaan para penghibur terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat penghibur tempatan, serta merangsangkan seni kreatif dan lakonan di Australia. | UMUM | |
MOECHTAR AWANG | MOECTHAR AWANG (1956- ), penyair. Dia lahir pada 19 Februari 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian dia memasuki Maktab Adabi dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Dia mendapat Sijil Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif hingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
SENI UNTUK SENI | SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya. | SASTERA | Konsep |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
MASAKINI | MASAKINI, jurnal kreatif dan budaya. Jurnal ini diselenggarakan secara usaha sama oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia. Masakini pertama kali diterbitkan pada tahun 1976. | SASTERA | Penerbitan |
DHARMALA N.S. | DHARMALA N.S. (1947- ), penulis. Dia lahir pada 21 Disember 1947 di Kampung Bacang Manting, Mukim Hulu Teriang, Jelebu, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Muluk bin Daud. Pada tahun 1976, dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan dan berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif dan Ilmiah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. | SASTERA | Tokoh |