ORANG KREOL | Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika Utara, ialah individu yang nenek moyangnya peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah keturunan peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana. Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis gula-gula. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL | BAHASA MELAYU PIJIN/KREOL, bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya atau Embok-embok untuk berhubung dengan anggota musyarakat lain dalam hubungan perdagangannya sebagai bahasa perantaraan. | BAHASA | Konsep |
DE BOISSIERE, RALPH A.C. | De Boissiere, Ralph A.C. (1907– ) ialah penulis novel dan cerita yang lahir dalam keluarga Kreol-Perancis yang kaya di Trinidad. Dia ialah anggota golongan sastera pada tahun 1920-an di Trinidad dan kerap menyumbang kepada jurnal budaya Trinidad dari tahun 1929 hingga tahun 1930 dan jurnal The Beacon (1931). | UMUM | |
MULATO | Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk; gambar). | UMUM | |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |