Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kan] | کريتيکن

Definisi : 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.ti.kan] | کريتيکن

Definisi : pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritikan
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,
Rujuk :kritik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRITIKAN

Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap

karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai

karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip

yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk

mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan

artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga

membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya

seni dahulu dan masa kini.

UMUM 
KRITIKAN SASTERA MELAYU

KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama.  Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah.

SASTERAKarya
KRITIKAN SASTERAKritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu..SASTERAKonsep
SASTERA BANDINGAN

SASTERA BANDINGAN, disiplin kajian  yang merangkumkan teori kritikan, sejarah kritikan dan pendekatan kritikan.  Disiplin sastera bandingan bermula di Perancis pada tahun 1829 ketika Vellemain memperkatakan buku  Anatomei comparee (1800) karya Cuvier.  Tradisi ini disambung pula di England pada tahun 1849 oleh Matthew Arnold.  Selepas itu penggunaannya semakin meluas ke Jerman dan Amerika Syarikat sehingga terbit dua mazhab yang kini dikenal sebagai mazhab Perancis dan mazhab Amerika.

SASTERAKonsep
PASCASTRUKTURALISMEPerspektif kritikan sastera dan budaya yang muncul pada era 1970an.SASTERAKonsep
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN

Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869),

pengkritik Perancis yang menjadi pelopor

teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi.

Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia

melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan

persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam

Literary Portraits (1829–1846), Contemporary

Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862)

sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863–

1872) sebanyak 10 jilid.

UMUM 
ROTH, PHILIP

Roth, Philip (1933– ) ialah novelis dan

pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima

banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang

dibuat secara terang, lucu dan kadangkala

menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan

keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat.

UMUM 
ARISTOPHANES

Aristophanes (445?–385? S.M.) ialah penulis

komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya

menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik

yang indah berserta kritikan serius terhadap

politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia

seorang pakar lagu dan ritma.

UMUM 
SIDNEY, SIR PHILIP

Sidney, Sir Philip (1554–1586) ialah pengarang,

orang istana, dan tentera semasa pemerintahan Ratu

Elizabeth I di England. Dia menjadi terkenal kerana

kritikan sastera, fiksyen prosa, dan puisi.

UMUM 
PARKER, DOROTHY

Parker, Dorothy (1893–1967) ialah penyair dan

cerpenis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana

dialognya yang lucu dan kritikan sasteranya.

UMUM 
123

Kembali ke atas