Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara penyair yang paling penting pada tahun 1900- an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”, The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya membantu pembentukan semula kesusasteraan moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan. |