Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan pewarna untuk mencegahnya daripada mudah larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan mordan tidak akan luntur, dan dengan itu warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk garam kromium, ferum, aluminium, timah dan logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa. Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu pewarna asid dimordankan dengan garam aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas menjadi merah terang, yang dinamakan merah Turki . Lihat juga Lak (Pewarna). |