KUANTAN | Kuantan (pend. 220 000), ibu negeri Pahang Darul Makmur. Kuantan ialah salah sebuah bandar besar di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Daripada catatan sejarah, Kuantan telah wujud sebagai penempatan semenjak abad ke-12. | UMUM | |
MOKHTAR DAHARI | Mokhtar Dahari (1953–1991) ialah pemain bolasepak Malaysia. Nama penuhnya ialah Mohd. Mokhtar bin Dahari. Dia lahir pada 13 November 1953. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. Kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution. Semasa menuntut di sana, dia telah mewakili pasukan bola sepak bagi peringkat umur 13 dan 15 tahun dalam pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor. | UMUM | |
PAHANG | Pahang (pend. 1 350 200), negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Keluasannya ialah 35 965 kilometer persegi. Pahang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di sebelah barat, dan Terengganu di sebelah utara. Manakala di sebelah timurnya ialah Laut China Selatan. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Pekan ialah bandar diraja. Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. | UMUM | |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN | RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL AZIZ ISHAK | Abdul Aziz Ishak (1914-1999), wartawan dan Menteri Pertanian (1957-1962). Beliau dilahirkan pada 21 September 1914 di Trong, Perak. Selepas mendapat pendidikan di Kuala Kurau, Perak dan Sekolah Menengah Jeram, Kuala Selangor, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Beliau turut mengikuti kursus sambil bekerja di Pusat Penyelidikan Ikan, Singapura. Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pegawai perikanan di Port Dickson, Kuantan, Kuala Lumpur dan Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU HASSAN SHAM | BIDANG: SASTERA PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994. | SASTERA | Tokoh |
WAN MUTAHIR | WAN MUTAHIR ( ? -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863). Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832. Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad, dari Terengganu. Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya. Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini. Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |