KUBAH GEODESIK | Kubah Geodesik lihat Seni bina (gambar: Kubah geodesik). | UMUM | |
KUBAH | Kubah ialah bumbung melengkung yang dibina pada tapak bulat seperti mangkuk yang ditelangkupkan. | UMUM | |
NADIR | Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah <I>zenit I>dan <I>nadirI>. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. | UMUM | |
KUPOLA | Kupola ialah kubah kecil yang menyaluti puncak bumbung atau menara. | UMUM | |
OVENBIRD | Ovenbird ialah dua jenis burung Amerika yang membuat sarang berbentuk kubah. <i> Rufous i> <i> Ovenbird i> di kawasan tropika dan Amerika Selatan adalah burung oak thrush berwarna perang kemerahan yang membuat sarang bulat daripada lumpur berbentuk seperti ketuhar kuno pembuat roti. Nama lain yang biasa digunakan bagi burung ini ialah <i> honero i> yang bermakna pembuat roti dalam bahasa Sepanyol. Rufous Ovenbird membuat sarang di desa lapang, biasanya di tiang pintu pagar di padang ternak lembu yang luas, di <i> pampas i> (padang rumput Amerika Selatan). | UMUM | |
PLANETARIUM | Planetarium ialah peranti yang menunjukkan perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada bangunan muzium, sekolah, atau universiti. Perkataan <i> planetarium i> juga membawa erti peranti yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi matahari. | UMUM | |
KARANG | Karang ialah bentukan batu kapur yang terbentuk di laut oleh berjuta-juta haiwan halus. Bentukan karang mungkin kelihatan seperti pokok bercabang, kubah besar, kerak kecil yang tidak malar, atau seperti paip organ yang halus. | UMUM | |
TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
KEKUBAH | Kekubah ialah bumbung atau siling yang melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis utama kekubah adalah (1) kekubah terowong, (2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah. | UMUM | |
DIAFRAGMA | Diafragma ialah otot besar yang melekat pada tulang rusuk bawah yang memisahkan dada daripada abdomen. Hanya manusia dan mamalia lain mempunyai diafragma yang sempurna. Diafragma ialah otot utama yang digunakan dalam pernafasan. Ia berbentuk seperti kubah. | UMUM | |