KUBISME | Kubisme ialah gerakan yang paling berpengaruh dalam sejarah seni lukis moden. Kubis memperkenalkan pendekatan baru yang radikal untuk menggambarkan bentuk dan ruang. Mereka merevolusikan lukisan dan seni lukis lain pada tahun 1900-an. | UMUM | |
ARCHIPENKO, ALEXANDER | Archipenko, Alexander (1887–1964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). | UMUM | |
APPOLINAIRE, GUILLAUME | Appolinaire, Guillaume (1880–1918), penyair Perancis yang merupakan salah seorang pemimpin seni di Paris pada dekad sebelum Perang Dunia I (1914–1918). Kesannya terhadap syair sama seperti rakannya Pablo Picasso dalam lukisannya. Appolinaire bereksperimen dalam gaya kesusasteraan moden. Sebagai pengkritik seni, dia berjuang untuk kubisme dan lukisan abstrak awal. Pada tahun 1917, dia mencipta perkataan surealisme (lihat Surealisme ). | UMUM | |
BRAQUE, GEORGES | Braque, Georges (1882–1963) ialah pelukis Perancis. Pada awal tahun 1900-an, Braque dan Pablo Picasso mempelopori perkembangan kubisme, suatu gerakan gaya melukis yang mempunyai pengaruh besar terhadap seni lukis selepas itu. | UMUM | |