| MYCENAE | Mycenae ialah bandar di Greece purba yang terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman, Heinrich Schliemann menemui lima tanah perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876. Penemuan ini telah memulakan penyelidikan tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece. Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat daripada gangsa, emas dan perak. | UMUM | |
| NEKROPOLIS | Nekropolis ialah perkataan Yunani yang bermaksud bandar kematian ataupun kubur. Ahli arkeologi dan ahli sejarah menggelar perkuburan bandar purba sebagai nekropolis . | UMUM | |
| MONUMEN MEGALIT | Monumen megalit ialah binaan yang dibuat daripada batu besar oleh orang prasejarah untuk kubur ataupun untuk tujuan keagamaan. Perkataan megalit bererti batu besar. Batu itu mungkin seberat dari 25 tan hingga 90 tan metrik tiap-tiap satu. Monumen megalit boleh dijumpai di beberapa bahagian di dunia. Monumen yang paling terkenal terdapat di barat Eropah dan dibina antara tahun 4000 S.M. dan tahun 1500 S.M. | UMUM | |
| ARGYLL DAN BUTE | Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland. Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah, termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa, lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya yang indah dan garis pantai yang meluas menarik ramai pelancong. Satu per empat daripada penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute, Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting termasuk pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt. | UMUM | |
| WAN SU OTHMAN | WAN SU OTHMAN (1899- ), pengukir. Dia lahir di Pangkalan Kubur, Kelantan. Kini, dia menetap di Kampung Batu 4 Alor Lintang, Besut, Terengganu. Bakat seni ukirnya diwarisi daripada datuknya yang juga seorang pengukir istana kerajaan Melayu Patani. | BUDAYA | Tokoh |
| KHATIJAH AWANG | KHATIJAH AWANG (1941- ), penari makyung. Dia lahir pada 3 Ogos 1941 di Kubang Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kota Bharu hingga Darjah Empat. | BUDAYA | Tokoh |
| UMI KALSUM | UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman. Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963. Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman. “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini. Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”. | SASTERA | Penerbitan |
| MEGALIT | MEGALIT, batu yang digunakan dalam upacara pengebumian, upacara keagamaan dan simbol tertentu. Perkataan mengalit (megalith) berasal daripada perkataan Yunani iaitu mega yang bererti besar dan lithos yang bererti batu. Batu ini biasanya lebih tinggi daripada manusia dan berada dalam keadaan menegak. Terdapat beberapa susunan batu megalit seperti menhir, dolmen, kubur peti batu dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |