Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.fur] | کفور

Definisi : Ar 1. tidak percaya atau tidak beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kafir: ada antara umat Islam yg ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; ilmu ~ ilmu yg menafikan wujudnya Allah; 2. ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah: orang yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja adalah ~; 3. = ~ nikmat tidak bersyukur kpd nikmat Allah: utk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah; mengkufuri 1. tidak percaya kpd Tuhan: kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir; 2. tidak bersyukur kpd (nikmat Allah): ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah; mengkufurkan 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama; kekufuran keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.fur] | کفور

Definisi : 1 tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; kafir. 2 tidak (tahu) bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. ~ nikmat tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. mengkufuri 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. mengkufurkan menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. kekufuran keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kufur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUFUR

Kufur, kalimah Arab bererti menutupi sesuatu. Ia boleh diertikan sebagai orang yang menanam benih kerana ia menutupi benih itu di dalam tanah.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas