Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. alat yg menyerupai kuku yg dibuat drpd besi utk mengopek kelapa dll. b. ki bersifat kejam atau zalim; berdasarkan kekejaman atau kekerasan (bkn pemerintahan, pentadbiran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuku besi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM KUKU BESI

Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan

yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak

semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik

dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin

meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting

daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya,

pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang

sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang

menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk

menjaga kedudukan mereka.

UMUM 
DIKTATORKonsep kepimpinan kuku besi.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
SASTERA SUFI

SASTERA SUFI,  hasil sastera yang mengandungi unsur sufi.  Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M).  Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan.  Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.

SASTERAKonsep
KEM TAHANAN

Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama

ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara,

biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula

digunakan oleh Great Britain sebagai penjara

tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun

1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan

berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928,

iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin.

Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan

Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu

orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia

II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang

dibina oleh Nazi di Jerman.

UMUM 

Kembali ke atas