Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : ; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKONOKLASIkonoklas bermaksud seseorang yang
menentang kepercayaan yang telah lama kukuh.
Perkataan ikonoklas berasal daripada dua
perkataan Yunani, eikon atau imej dan klastes, atau
pemecah.
UMUMUmum
ROUAULT, GEORGES

Rouault, Georges (1871–1958) ialah pelukis

Perancis. Dia seorang yang kuat beragama dan

memegang prinsip moral yang kukuh, dan hasil

karyanya menunjukkan kebenciannya terhadap sikap

kepura-puraan, kemiskinan, dosa, dan peperangan.

UMUM 
LEWIS, JOHN AARON

Lewis, John Aaron (1920–2001) ialah pemain

piano dan penggubah Amerika. Pada tahun

1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert,

kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik

jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain

piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori

perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan

muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik

untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan

pertunjukan pentas.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
PLASTIK

Plastik ialah bahan buatan manusia yang boleh

dibentuk dalam pelbagai rupa. Plastik adalah salah

satu bahan paling berguna yang pernah dicipta.

Rumah, sekolah dan sektor perniagaan

menggunakan banyak barangan plastik. Jurutera

telah mencipta plastik yang kukuh seperti keluli

atau yang lembut seperti kapas. Mereka boleh

membuat plastik yang berwarna seperti warna

pelangi atau yang jernih dan tidak berwarna

seperti kristal. Plastik boleh menjadi bentuk yang

tegar atau bergetah dan boleh dibentuk menjadi

pelbagai objek dari bamper kereta hingga kepada

botol dan kain yang lembut. Barangan plastik,

terutama yang digunakan oleh sektor

perindustrian, biasanya boleh digunakan untuk

jangka masa yang lama.

UMUM 
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
MUSLIN

Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang

ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas

berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar

Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat.

Orang British menamakan fakrik kapas halus

sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin

bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain

muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar.

UMUM 
BIEDERMEIER

Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang

dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur

bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini

berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan

Jerman yang popular pada tahun 1830-an.

Papa Biedermeier melambangkan kehidupan

berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan

yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier

digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman,

dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan

perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan

pada tahun 1820 dan 1850.

UMUM 
SURAH AL-DHARIYAT

Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut

susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan

mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al-

Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan

nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang

yang menerbangkan semua benda. Seperti surah

Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga

menekankan aspek-aspek keimanan kepada

kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa

dan pembinaan akidah yang kukuh yang

berasaskan ketakwaan dan keimanan.

UMUM 
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 
12

Kembali ke atas