Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.li] | کولي

Definisi : orang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang, membaiki jalan raya, dll), buruh kasar: maka dipanggilkannya segala ~ dlm Melaka drpd segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; makan ~ bekerja sbg kuli; wang ~ wang yg dibayar kpd kuli sbg upah; ~ plat kuli stesen dll yg lengannya memakai plat bernombor; berkuli bekerja sbg kuli: pekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yg mahu ~ terlalu banyak; memperkuli memperbuat sbg kuli: maksud mereka tiada lain lagi drpd hendak ~ dia; kulian wang kuli, upah kpd kuli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.li] | کولي

Definisi : orang yg membuat kerja yg berat-berat atau kasar; buruh kasar. berkuli bekerja sbg kuli; menjadi kuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas