BRAN | Bran ialah kulit keras luar isi barli, jagung, beras, gandum, dan bijian bijirin yang lain. Bran biasanya diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B yang lain, fosforus, protein dan kanji. | UMUM | |
KACANG | Kacang ialah nama popular bagi banyak jenis biji atau buah kering, yang boleh dimakan, yang tumbuh dalam kulit keras. Perkataan kacang boleh merujuk kepada kulit dan isinya, atau isirung di dalam, atau kepada isirung sahaja. | UMUM | |
ANKYLOSAURUS | Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya, yang terdiri daripada kepingan bertulang yang bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini melindungi semua bahagian tubuhnya yang terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor. | UMUM | |
KHITON | Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan melekat pada isi yang liat. | UMUM | |
SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |
KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi kimianya menjadikannya satu daripada sumber semula jadi yang paling bernilai. | UMUM | |
KEMATU | Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit). Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) dan menyebabkannya menjadi nipis dan lembut. Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada badan apabila tekanan dan geseran mencederakan kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh. | UMUM | |
EKZEMA | Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau mungkin mengeluarkan cecair. | UMUM | |
KUTIL | Kutil atau ketuat ialah ketumbuhan keras dan kasar yang terdapat pada permukaan kulit. Bentuk, saiz, dan bilangan kutil berbeza-beza dan ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja pada kulit. Bahkan ia boleh muncul pada bibir atau lidah. | UMUM | |
TELAPUK | Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk. Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit). | UMUM | |