| BUKU KULIT LEMBUT | Buku kulit lembut lihat Buku (Tahun 1800-an; Buku moden). | UMUM | |
| SUEDE | Suede, sejenis kulit lembut yang mempunyai nap pada satu bahagian. Suede dibuat dengan memegang bahagian belulang haiwan yang berdaging dan yang telah disamak pada roda penggilap. Permukaan roda yang kasar itu menaikkan nap tersebut. Barang-barang yang diperbuat daripada suede termasuk kasut, sarung tangan, topi, dan kot. | UMUM | |
| KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh digunakan. Barangan kulit yang paling popular termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran dan perhiasan dinding. | UMUM | |
| KEMATU | Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit). Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis (lapisan kulit yang lebih dalam) dan menyebabkannya menjadi nipis dan lembut. Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada badan apabila tekanan dan geseran mencederakan kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh. | UMUM | |
| MOKASIN | Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. | UMUM | |
| SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |
| ANTISEPTIK | Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau memberhentikan pertumbuhan – kuman pada tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan membran mukus untuk membantu menghalang jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik adalah dadah yang merawat infeksi yang telah berlaku. | UMUM | |
| ASPEN | Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara. Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna cerah dan mempunyai daun yang mungkin berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat. Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun aspen berubah menjadi kuning garang. | UMUM | |
| TITIK JARUM | Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet, upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik jarum pernah dikenali sebagai dewangga. Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas. Penyulam menggunakan jarum dewangga yang tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben. Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas permukaan jejaring. | UMUM | |