KUMBANG HERCULES | Kumbang Hercules ialah nama bagi beberapa spesies kumbang besar. Kumbang jantan mempunyai tanduk panjang yang terunjur dari kepala dan bahagian atas badan. | UMUM | |
KUMBANG RUSA JANTAN | Kumbang rusa jantan ialah nama bagi famili kumbang, yang sesetengah kumbang jantannya mempunyai tanduk besar yang ganjil. | UMUM | |
KUMBANG AIR | Kumbang air ialah nama yang diberi kepada banyak famili kumbang yang hidup dalam air. Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai. Sesetengah serangga ini hidup sepanjang hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau berhampiran dengan air hanya pada peringkat larva. | UMUM | |
KUMBANG HUHU | Kumbang huhu kumbang terbesar yang biasa terdapat di merata tempat di New Zealand, biasanya terdapat di seluruh negara. | UMUM | |
KUMBANG SEPANYOL | Kumbang Sepanyol ialah sejenis kumbang lepuh, bukan lalat sebenar. Ia terdapat di seluruh Eropah. Kumbang ini panjangnya kira-kira 20 milimeter, dan biasanya berwarna hijau metalik atau berwarna gangsa. | UMUM | |
KUMBANG COLORADO | Kumbang Colorado yang juga dikenali sebagai kumbang kentang Colorado ialah kumbang kuning yang tegap dan yang paling memusnahkan daripada serangga perosak lain yang menyerang pokok kentang. | UMUM | |
KUMBANG JUN | Kumbang Jun yang juga dikenali sebagai pepijat Jun atau kumbang Mei ialah nama bagi beberapa kumbang besar berwarna perang yang sering dilihat di kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara pada bulan Mei dan Jun. | UMUM | |
KUMBANG | Kumbang ialah satu daripada serangga yang paling biasa. Terdapat kira-kira 300 000 spesies (jenis) kumbang. Ia hidup di mana sahaja di bumi kecuali di lautan. Kumbang didapati di hutan hujan dan di gurun. Ia tinggal di kawasan sejuk membeku dan di mata air panas. Kumbang tinggal di tasik gunung, malah boleh hidup dalam pembetung yang tercemar. | UMUM | |
KUMBANG TANDUK | Kumbang tanduk lihat Kumbang (gambar). | UMUM | |
KUMBANG KURA-KURA | Kumbang kura-kura ialah kumbang kecil yang badannya bulat berbentuk seperti separuh kacang pis. Ia sering berwarna merah atau kuning dan berbintik-bintik hitam, merah, putih atau kuning. | UMUM | |