Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.min] | کومين

Definisi : sesuatu atau bahagian sesuatu yg sangat kecil (halus), benda seni: jikalau air itu mengandungi lebih banyak ~ pasir atau gelembung-gelembung udara ia akan kelihatan berwarna hijau; sekumin sangat sedikit sekelumit sangat kecil: terasa sangat oleh Ramlan kerumitannya menjimatkan wang gajinya yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.min] | کومين

Definisi : sesuatu atau bahagian drpd sesuatu yg sangat kecil: Susu getah itu dibiarkan beberapa ketika utk memungkinkan ~ pasir mendak ke bawah. sekumin sangat sedikit atau sangat kecil: ~ pun dia tidak berasa iri hati terhadap rakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LELASAN

Lelasan, penghakisan batuan akibat geseran kumin-kumin pepejal yang digerakkan oleh air yang mengalir, ais, angin, atau graviti.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KESOTAN

Kesotan, pergerakan puing atau kumin tanih secara perlahan-lahan melalui cerun akibat tindakan graviti.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
AIR BAWAH TANAH

Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas