Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.dur] | کوندور

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dur] | کوندور

Definisi : nama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundur

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PULAU KUNDURPULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
SULTAN MUHAMMAD IVKapsyen          :           Sultan Muhammad IV

 

SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus.  Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik.  Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas