PIRETRUM | Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga yang berasal dari barat daya Asia, yang menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30 sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga daisi dengan rujinya berwarna samar, putih, merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada musim bunga atau awal musim panas dan ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk dipotong. | UMUM | |
AGERATUM | Ageratum ialah pokok taman yang popular, tumbuh rendah dan semusim yang popular. Bunganya berwarna biru pucat, putih, atau samar. Ia berbunga sepanjang musim panas. Setiap kuntum bunga mempunyai banyak bunga kecil berbentuk tiub yang tumbuh rapat-rapat. Pokok ageratum boleh ditanam daripada biji pada mulanya di dalam rumah pada awal musim bunga, atau ditanam di luar rumah kemudiannya. | UMUM | |
PIS GURUN STURT | Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa yang meliputi kawasan yang luas di bahagian kontang di Australia pada musim yang baik. Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh, mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter, dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang kembang diikuti dengan lenggai yang sempit, keras, berwarna perang, setiap satunya mengandungi banyak biji keras. | UMUM | |
KEKWA | Kekwa adalah mana-mana satu daripada sekumpulan herba renek berbau kuat yang tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana. Pekebun menanamnya untuk bunganya yang cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada musim luruh. Namanya <I>Chrysanthemum I>dalam bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna <I>bunga keemasanI>. Banyak bunga satu-satu membentuk setiap kuntum. Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan dengan membuang tunasnya dengan cermat. Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya berbeza-beza warnanya daripada putih atau kuning hingga kepada samar atau merah. | UMUM | |
SOW THISTLE | Sow thistle ialah nama bagi sekumpulan rumpai yang tumbuh liar di Eropah. <i>Sow thistlei> tahunan tumbuh dari 60 sentimeter hingga 90 sentimeter tingginya dan mempunyai batang bercabang. Ia mengandungi jus seperti susu, dan kuntum bunganya mempunyai gugusan bunga kecil bak dandelian berwarna kuning pucat. <i>Sow thistle saka i>mempunyai bunga berwarna kuning pekat. | UMUM | |
KELADI LEMBAYUNG | Keladi lembayung atau keladi bunting ialah tumbuhan yang tumbuh terutamanya di kawasan tropika di dunia. Ia terapung di tasik, sungai, dan paya dan tumbuh setinggi kira-kira 60 sentimeter tingginya di atas air. Ia mempunyai sebanyak 38 kuntum bunga ungu yang berkelompok di sekeliling bahagian atas batangnya. | UMUM | |
SEDUM | Sedum ialah <i> genus i> (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan <i> sukulen, i> atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai <i> stoneerop. i> Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus <i> Sedum. i> | UMUM | |
KROKUS | Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada batang tebal bak bebawang yang disebut <I>umbisi. I> Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang mekar pada musim gugur. | UMUM | |
SNEEZEWORT | Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia dinamakan <i>sneezewort i>kerana baunya yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin. Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga 60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih. Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah <i>Achillea ptarmicai>. | UMUM | |