Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : sj tumbuhan (rizom­nya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak ber­pendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : ; ~ selayang sj burung, Oriolus chinensis; ~ senja sj burung, Oriolus xanthonotus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nyit] | کوڽيت

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya dijadikan ramuan ubat, gulai dll), Curcuma domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunyit

Puisi
 

Nasi kunyit tinggi berdiri,
     Mari makan di atas meja;
Dari jauh hamba ke mari,
     Untuk berjumpa sahabat semata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak resan kunyit,
     resan serai.

Bermaksud :

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERAS KUNYITBERAS KUNYIT, beras yang dilumur atau digaul dengan kunyit dan digunakan sebagai salah sau bahan dalam upacara tradisional.  Beras kunyit pada umumnya merupakan salah satu peralatan dalam upacara mendirikan rumah, memasuki rumah baharu, membuka ladang dan kebun serta memulakan menanam padi dan menuai.  Selain itu, beras kunyit digunakan sewaktu upacara perdukunan, ketika upacara perkahwinan, atau apa sahaja upacara yang berkait dengan budaya tanah.  Budaya tanah ini bermaksud kehidupan manusia banyak bergantung hidup pada tanah.  Walaupun beras kunyit ini juga digunakan untuk melepaskan kapal aau perahu yang pertama kali akan ke laut, tetapi orang yang ke laut ini pada dasarnya, ialah manusia berbudaya tanah.BUDAYAPerayaan/Upacara
KUNYIT

Kunyit ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di

selatan Asia. Akarnya yang berisi ialah sumber

bahan yang juga dikenali sebagai kunyit yang

digunakan terutamanya untuk membuat pewarna.

UMUM 
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas