Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan maksimum sesuatu yg diper­untukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan atau banyaknya barang yg dibenarkan utk dibuat, dijual dll; bilangan orang yg dibenarkan atau yg dihadkan utk sesuatu kegiatan (utk belajar di universiti dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuota


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN KASTAM

Kesatuan kastam ialah gabungan dua atau

lebih negara yang bersetuju untuk menghapuskan

cukai duti, kuota dan halangan-halangan lain

dalam perdagangan antara satu sama lain.

UMUM 
PASAR GELAP

Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran

barangan atau mata wang yang mencabuli had

maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan

yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang

membeli atau menjual barangan catuan atau mata

wang terkawal melalui saluran yang menyalahi

undang-undang atau lebih daripada had

maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga

dalam pasaran gelap.

UMUM 

Kembali ke atas