KUPLET | Kuplet ialah rima yang mempunyai dua baris. Kuplet pancapada ialah satu bentuk pola irama Inggeris dalam pancapada iambik yang digunakan mengikut urutan. | UMUM | |
BAIT | BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami. | SASTERA | Konsep |
KASIDAH | KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya. | SASTERA | Konsep |