Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu
besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak
kepercayaan karut timbul kerana badannya
bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak
adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu
lang).
Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil
berwarna perang dan gangsa. Beluncas
kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk
pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear,
kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal
dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia.
Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik
perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu
buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari
Jepun. Ia adalah satu daripada perosak
pic yang paling serius.
Kupu-kupu lang ialah anggota famili
kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna
terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu
sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,
bergaris arus; kepak depan yang langsing
dan kepak belakang yang kecil.
Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil
hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna
gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies
kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup
di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan
adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh
ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah
menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana
kakinya pendek.
Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili
kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok
hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika
Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan
daun pokok daun lebar dan daun jejarum.
Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh
menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh
mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun
lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam
beberapa tahun berturut-turut. Beluncas
kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya
pokok oak.
Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu
Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan
lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan
sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding
dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8
sentimeter.
Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai
jenis serangga yang berkait rapat dengan rama-
rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua
kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap -
sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang
sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan
rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan
serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal
daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud
sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut
merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang
melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu.
Kupu-kupu ekor perang ialah spesies Dunia
Lama yang diperkenalkan ke timur Amerika Utara.
Ia ialah perosak pokok buah. Sayap kupu-kupu ini
lebarnya kira-kira 3.8 sentimeter. Ia berwarna putih
dengan abdomennya berwarna perang yang jambak
bulunya berwarna perang. Kupu-kupu jantan dan
betina terbang dengan baik.
SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.
Thanks for clicking. That felt good.