| KUPU-KUPU TENGKORAK | Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu  besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak  kepercayaan karut timbul kerana badannya  bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak  adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu  lang).   | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU CODLING | Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil  berwarna perang dan gangsa. Beluncas  kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk  pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear,  kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal  dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU PIC | Kupu-kupu pic ialah kupu-kupu kecil, berbintik-bintik  perang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu   buah Timur kerana ia dikatakan berasal dari  Jepun. Ia adalah satu daripada perosak  pic yang paling serius.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU LANG | Kupu-kupu lang ialah anggota famili  kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna  terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu  sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,  bergaris arus; kepak depan yang langsing  dan kepak belakang yang kecil.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil  hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna  gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies  kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup  di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan  adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh  ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah  menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana  kakinya pendek.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU GIPSI | Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili  kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok  hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika  Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan  daun pokok daun lebar dan daun jejarum.  Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh  menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh  mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun  lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam  beberapa tahun berturut-turut. Beluncas  kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya  pokok oak.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU MAHARAJA | Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu  Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan  lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan  sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding  dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8  sentimeter.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU | Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai  jenis serangga yang berkait rapat dengan rama-  rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua  kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap -  sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang  sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan  rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan  serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal  daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud  sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut  merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang  melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu.  | UMUM |   | 
			
				| KUPU-KUPU EKOR PERANG | Kupu-kupu ekor perang ialah spesies Dunia  Lama yang diperkenalkan ke timur Amerika Utara.  Ia ialah perosak pokok buah. Sayap kupu-kupu ini  lebarnya kira-kira 3.8 sentimeter. Ia berwarna putih  dengan abdomennya berwarna perang yang jambak  bulunya berwarna perang. Kupu-kupu jantan dan  betina terbang dengan baik.  | UMUM |   | 
			
				| SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.   | SASTERA | Konsep |