ZAMAN PLEISTOSEN | Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun lepas. | UMUM | |
SENTROSFERA | Sentrosfera ialah teras dalam bumi. Ia juga dikenali sebagai barisfera. Diameternya lebih kurang 2500 kilometer. Ahli sains percaya bahawa sebahagian besar sentrosfera terdiri daripada besi dan nikel. Lihat juga Seismologi . | UMUM | |
TAPAK KAKI RATA | Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung lengkung tapak kaki. | UMUM | |
AUSTRALIT | Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang ditemui di bahagian selatan Australia. Para pelombong terdahulu menamainya batu butang, butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia adalah hasil perlanggaran meteorit. Lihat Tektit. | UMUM | |
RANAU | RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |