| KUTAI | KUTAI, kerajaan tertua di Indonesia. Kerajaan ini dipercayai tertubuh sekitar tahun 400 M. Lokasi sebenar kerajaan Kutai ialah sekitar Muarakaman, Martapura. Nama Muarakaman sebetulnya berasal daripada nama Mulawarman. Kerajaan Kutai mendapat pengaruh dari Jawa. Kutai juga pernah berhubung dagang dengan China. Ada yang berpendapat bahawa nama asal Kutai berasal daripada bahasa China ‘Kho Thay’ bererti sebuah kerajaan besar. Batu bersurat tertua ditemui di Muarakaman. Batu bersurat tersebut ditulis dengan huruf Pallawa dalam bahasa Sanskrit. Bentuk huruf Pallawa yang digunakan sama dengan huruf Pallawa pada tahun 400 M. di India Selatan. Batu bersurat ini menunjukkan bukti kemasukan pengaruh Hindu dalam kerajaan Kutai. Kuddungga ialah nama asli kerajaan Kutai, manakala Acvavarman dan Mulavarman ialah nama yang mendapat pengaruh Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| SALASILAH KUTAI | SALASILAH KUTAI, karya sastera sejarah. Salasilah Kutai mengisahkan cerita raja-raja Kutai Kertanegara yang didirikan pada abad ke-14 hingga zaman Raja Pangeran Panji Mendapat yang memerintah pada abad ke-17. Salasilah Kutai pernah dua kali diterbitkan. Pertamanya, oleh C.A. Mees (1935) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Tuan Khatib Muhammad Tahir pada tahun 1265. Kali kedua oleh W. Kern (1956) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Awang Lambang pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman (1850). | SASTERA | Karya |
| DIALEK MELAYU KUTAI | DIALEK MELAYU KUTAI, bahasa perhubungan antara suku Melayu dengan Dayak serta pedagang Bugis dengan Cina di sepanjang Sungai Mahakam di Propinsi Kalimantan Timur, Pulau Borneo, Indonesia. Dialek Melayu Kutai (DMK) digunakan dalam perhubungan biasa di samping bahasa Indonesia yang lebih lazim digunakan dalam suasana rasmi tertentu, seperti di sekolah dan dalam media massa. | BAHASA | Bahasa |
| EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
| SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU | SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam. Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M. Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M. tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit. Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu. Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah. Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi. Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. | BAHASA | Konsep |
| SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU | SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India. Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M. Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu. | BAHASA | Konsep |
| ISLAM DI KALIMANTAN | ISLAM DI KALIMANTAN, perkembangan agama Islam di Kalimantan pada abad ke-16. Islam tersebar di Kalimantan melalui dakwah oleh para pedagang yang berkunjung ke sana dan menetap di kawasan pesisir. Selain itu, pengaruh Islam berkembang melalui hubungan politik. Pangeran Samudera yang ditabalkan sebagai Raja Banjarmasin dengan gelaran Sultan Suriansyah memeluk agama Islam kerana ingin mendapat bantuan tentera dari kerajaan Demak untuk melawan tentera Daha. Seterusnya Islam tersebar ke luar wilayah kerajaan Banjarmasin juga melalui jalur politik. Kerajaan Kutai menjadi sebuah kerajaan Islam pada tahun 1600, kemudian diikuti oleh kerajaan Kotawaringin (1620), kerajaan Matan (1743), kerajaan Mempawah (1750) dan kerajaan Pontianak (1771). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |