| PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA | Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization (ILO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira 150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969, organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk keamanan kerana usahanya. | UMUM | |
| PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
| PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH | Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland secara aman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak di Belfast. | UMUM | |