Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LADA HITAM UMUM 
LADA CAYENNE UMUM 
LADA UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 
TUMBUK LADATUMBUK LADA, sejenis senjata untuk menikam.  Tumbuk lada yang terdapat di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatera dan ia dianggap senjata yang istimewa, terutama sekali bagi suku kaum Minangkabau.  Senjata ini dikenali dengan panggilan nama tumbuk lading.  Di Negeri Sembilan dan di Minangkabau, senjata ini dipakai oleh datuk-datuk dan pegawai masyarakat berpangkat rendah sebagai senjata istiadat.BUDAYAAlat/Alatan
PAPRIKA

Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan

mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai

lada benggala.

UMUM 
PIMENTO

Pimento ialah nama yang popular bagi pokok

malar hijau yang kecil dalam famili mirtel.

Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada

Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini.

Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang

digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau

bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini

adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali

sebagai Lada Benggala.

UMUM 
KAVA

Kava ialah nama dua jenis pokok renek yang

berkaitan dengan pokok lada. Ia juga dikenali

sebagai ava. Kava tumbuh di Australia dan di

Kepulauan Pasifik.

UMUM 
ALLSPICE

Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai

gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala.

Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau

pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang

belum matang daripada pokok pimento.

UMUM 
MUKOMUKO

MUKOMUKO , wilayah utama Kesultanan Anak Sungai, Minangkabau, Indonesia. Mukomuko mendapat namanya daripada sungai kecil yang banyak merentasi kawasan pantai yang sempit. Pada asalnya, Sultan Muhammad Syah meletakkan wilayah Anak Sungai ini di bawah kekuasaan Inderapura, iaitu kawasan yang terkenal dengan lada dan ditadbir oleh seorang wakil ditempatkan di Menjuto. Oleh sebab Anak Sungai mengatasi Inderapura dari segi pengeluaran lada, wilayah ini memperoleh kebebasannya dalam mencari pasaran lada menerusi ibu pejabat British di Bangkahulu. Dengan sokongan British, Sultan Gulemat (m.m. 1691-1716) menabal dirinya sebagai Sultan Anak Sungai yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas