Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dung] | لادوڠ

Definisi : tidak meleleh atau mengalir (spt embun di atas daun dll), bertakung; berladung dipenuhi oleh (air mata dll), dibasahi; bunga ~ si air mata bunga dibasahi (disirami) oleh air mata; berladungan (dlm) keadaan berladung: kedua-dua kelopak matanya ~ dgn air mata; meladungkan ark menyiram, menjirus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : ; batu ~ timah utk pemberat kail dll, batu ajuk; ~ bandul pemberat bandul (supaya tetap ayunannya); ®batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : tidak mengalir atau tidak meleleh (spt embun di atas daun). berladung dipenuhi atau digenangi air; dibasahi: bunga ~ si air mata bunga yg dibasahi air mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.dung] | لادوڠ

Definisi : 1 = batu ~ timah pemberat kail atau jala supaya mudah tenggelam. 2 = ~ bandul pemberat pd bandul supaya tetap ayunannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladung
Kata Terbitan : berladung,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 

Kembali ke atas