KITAB AL-NAWADIR | Kitab al-Nawadir ialah sebuah karya dalam ilmu bahasa yang dikarang oleh Abu Zayd al- Ansariy (meninggal dunia 215 H/830 M), iaitu kitab tertua yang sampai kepada kita. Isi kandungannya adalah tentang al-Nawadir (perkataan yang jarang didengar). Ia juga mengandungi lafaz-lafaz gharib (ganjil) yang jarang digunakan dalam gaya bahasa praktis. | UMUM | |
SYAHADAH | lafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah | AGAMA | Konsep |
TALAK | Perceraian ialah membubarkan perkahwinan atau memutuskan hubungan suami isteri dengan menggunakan lafaz talak atau cerai. | AGAMA | Konsep |
NABI ISA A.S. | Nabi Isa a.s. ialah nabi terakhir di kalangan Bani Israel dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir kepada seluruh umat manusia. Namanya disebut dalam al-Qur’an dengan lafaz al- Masih, dan kadangkala dengan lafaz Isa ibn Maryam. | UMUM | |
SURAH AL-NAJM | Surah al-Najm ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-53 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 62 ayat. Surah ini dinamakan al-Najm (bintang) kerana lafaz itu digunakan sebagai sumpah dalam surah yang mulia ini. | UMUM | |
SURAH AL-LAYL | Surah al-Layl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-92 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 21 ayat. Surah ini dinamakan al-Layl kerana dimulai dengan lafaz sumpah al-Layl (malam) iaitu satu waktu yang kebiasaannya tenang dan gelap. | UMUM | |
SURAH AL-‘ADIYAT | Surah al-‘Adiyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-100 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan al-‘Adiyat (kuda perang) kerana terdapat sumpah dengan lafaz itu di awal surah ini. | UMUM | |
SURAH AL-NAZI‘AT | Surah al-Nazi‘at ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 46 ayat. Surah ini dinamakan al-Nazi‘at (malaikat-malaikat yang mencabut) kerana lafaz sumpah yang menggunakan kalimah tersebut terletak pada permulaan surah. | UMUM | |
SURAH AL-A‘RAF | Surah al-A‘raf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ketujuh mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 206 ayat. Surah ini dinamakan al-A‘raf (tembok yang tinggi) kerana terdapat lafaz ini di dalamnya, iaitu dinding yang terletak di antara syurga dengan neraka yang memisahkan ahli kedua-duanya. | UMUM | |
SURAH AL-FAJR | Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil”. (Surah al-Fajr 89:1–3) | UMUM | |