LAGU RAKYAT SABAH | LAGU RAKYAT SABAH, lagu yang menjadi nyanyian harian rakyat Sabah. Lagu rakyat Sabah diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi, dan tersebar dari satu tempat ke satu tempat. | BUDAYA | Konsep |
DYLAN, BOB | Dylan, Bob (1941– ), penggubah, penyanyi, dan ahli muzik Amerika. Dia merupakan penulis lagu rakyat yang paling berpengaruh pada awal tahun 1960-an. | UMUM | |
RIMSKY-KORSAKOV, NIKOLAI | Rimsky-Korsakov, Nikolai (1844–1908) ialah penggubah lagu dan guru Rusia yang terkenal. Dia khususnya dikenali kerana gubahan orkestra yang berwarna-warni dan penuh imaginasi. Gubahan ini termasuk Spanish Capriccio (1887), Scheherazade (1888), dan The Russian Easter Overture (1888). Unsur lagu-lagu rakyat Rusia boleh didengar dalam muzik Rimsky-Korsakov sama seperti dalam muzik koral atau deringan loceng gereja Ortodoks Rusia. | UMUM | |
ARIRANG | Arirang ialah lagu rakyat yang melambangkan perasaan orang Korea. Lagu ini dicipta pada tahun 1926, sewaktu pendudukan Jepun di Korea, bagi melahirkan rasa sedih, suka, dan cinta. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DODOI | DODOI, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan khusus untuk kanak-kanak. Biasanya dodoi didendangkan oleh ibu atau golongan tua untuk menidurkan anak di dalam buaian. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
GELANG SI PAKU GELANG | GELANG SIPAKU GELANG, lagu rakyat yang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Gelang yang digunakan dalam konteks lagu ini bermaksud sejenis tumbuhan paku. Lagu ini biasanya dinyanyikan beramai-ramai sebagai lagu perpisahan setelah selesai sesuatu majlis atau perhimpunan. Muzik iringannya mengikut rentak inang. | BUDAYA | Konsep |
RASA SAYANG | RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut. | BUDAYA | Karya |
MUZIK RAKYAT | Muzik rakyat terdiri daripada lagu atau tune tradisional manusia. Kebanyakan lagu itu pada mulanya digunakan untuk persembahan tarian (lihat Tarian rakyat). | UMUM | |
TARIAN RAKYAT | Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah, hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian. Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri. Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya, beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa jahat. | UMUM | |
MUZIK COUNTRY | Muzik country ialah muzik rakyat Amerika yang popular. Muzik ini dikaitkan dengan budaya luar bandar dan kawasan Amerika Syarikat Selatan. Muzik ini berkembang pada tahun 1800- an, hasil gabungan eleman-eleman muzik rakyat dari Great Britain, muzik blues dari masyarakat kulit hitam luar bandar di Selatan, lagu-lagu popular pada akhir tahun 1800-an dan muzik agama. Ada kalanya, muzik country dipanggil muzik country and western, dan begitu popular di seluruh dunia sejak tahun 1940-an. | UMUM | |