LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
IDAHAN | IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan. Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |
ORANG SUNGAI | ORANG SUNGAI, suku kaum peribumi yang tinggal di selatan Semenanjung Malaysia dan Sabah. Di Sabah suku kaum ini dikenal sebagai Bulud Upi (Boolodoopy) dan di Lahad Datu mereka dikenal sebagai Idahan. Di Semenanjung Malaysia, mereka dikenal sebagai Orang Asli (aborigines). Bulud Upi tinggal di pantai timur laut dan Tabunak, di selatan Sabah. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
‘ABDULLAH IBN JAHSY | ‘Abdullah ibn Jahsy (? –3 H./? –625 M.), sahabat besar dan termasuk golongan yang terawal menerima Islam. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm al-Mu’minin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW bersama-sama dengan Abu Bakar dan ‘Umar dalam menentukan kedudukan tawanan perang tersebut. Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid. Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad. | UMUM | |