MOLDOVA | Moldova ialah negara di selatan-tengah Eropah yang bersempadan dengan Romania di barat dan Ukraine di tiga bahagian yang lainnya. Dari tahun 1940 hingga tahun 1991, Moldova ialah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dikenali sebagai Moldavian Soviet Socialist Republic (Republik Sosialis Soviet Moldova), atau ringkasnya Moldavia. Apabila Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991, Moldova diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. | UMUM | |
TASIK CHAD | Tasik Chad ialah tasik yang terletak di bahagian tengah utara Afrika. Sebahagian besar daripadanya terletak dalam negara Chad dan yang lainnya terletak di Nigeria, Cameroon dan Niger. Untuk lokasi, lihat Chad (peta). | UMUM | |
PERMAINAN KASUT RODA | Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan menggunakan kasut roda . Sesetengah orang meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman, sementara yang lainnya meluncur di gelanggang luncur dalam bangunan bersama iringan muzik. Ramai juga yang mengambil bahagian dalam pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin, pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada tahun 1760. | UMUM | |
ORANG TURKI | Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik. Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah, di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara Balkan, di tenggara Eropah. | UMUM | |
MACKEREL | Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna. Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan segar. | UMUM | |
SAINT VINCENT DAN GRENADINES | Saint Vincent dan Grenadines ialah negara merdeka di Hindia Barat. Ia terdiri daripada 32 buah pulau dan beberapa buah cay (tebing pasir yang rendah) di timur Laut Caribbean. Pulau terbesar ialah St. Vincent. Yang lain-lainnya tergolong dalam Grenadines, iaitu serangkaian lebih kurang 800 buah pulau kecil yang terletak di antara St. Vincent dengan Grenada. Ibu negaranya, iaitu Kingstown, terletak di bahagian selatan St. Vincent (lihat Kingstown ). | UMUM | |
AMEBA | Ameba ialah organisma halus satu sel yang biasanya hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Ameba berbeza-beza saiznya daripada kira-kira 0.25 milimeter sehingga 2.5 milimeter lebarnya. Sesetengah ameba hidup dalam air dan tanah lembap. Yang lainnya hidup dalam tubuh haiwan dan manusia. | UMUM | |
AZIMAT | Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher. Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada syaitan, penyakit, dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg kain kecil yang berisi objek yang dianggap berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah azimat mempunyai bentuk yang simbolik, misalnya anak bulan. Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran. | UMUM | |
SAWI PUTIH | Sawi putih ialah sayur bak kubis yang telah ditanam di negara China sejak tahun 400-an M. Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal yang membentuk kepala yang panjang dan berbentuk silinder. Sesetengah jenis, seperti pak choi mempunyai kepala yang tercerai dan terbuka. Yang lainnya, seperti michihli dan wong bak mempunyai kepala yang lebih padat. | UMUM | |
TASIK | Tasik ialah kumpulan air yang dikelilingi daratan. Tasik boleh ditemui di semua bahagian di dunia. Sesetengah kumpulan air yang besar yang biasanya dikenali sebagai laut adalah sebenarnya tasik. Laut-laut tersebut termasuklah Laut Mati, Laut Galilee , dan Laut Kaspia. Sesetengah tasik terletak berdekatan kawasan bumi yang tertinggi dan yang lainnya terletak jauh di bawah aras laut. | UMUM | |