Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lake


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAKE DISTRICT UMUM 
SALT LAKE CITY

Salt Lake City (pend. 159 936; pend. kaw. met.

1 072 227) ialah ibu kota dan bandar terbesar di

Utah, Amerika Syarikat. Gereja Jesus Christ of

Latter-day Saints, yang biasanya dikenali sebagai

Gereja Mormon, mempunyai markasnya di sana.

Industrinya yang utama ialah membuat bahan

kimia, elektronik, keluaran makanan, keluaran

logam, petroleum dan keluli. Salt Lake City ialah

salah satu pusat kebudayaan, kewangan, industri

dan pengangkutan yang utama di Negeri-negeri

Pergunungan Rocky.

UMUM 
ALLERDALE

Allerdale (pend. 96 300) ialah daerah kerajaan

tempatan di barat Cumbria, England. Daerah ini

meliputi sebahagian Lake District, dan Keswick

ialah pusat pelancongan yang popular. Ternakan

tenusu penting di kawasan tanah rendah di barat

laut, dan terdapat juga ladang di kawasan tanah

tinggi. Di sepanjang pantai barat, terdapat industri

moden yang merangkumi kejuruteraan dan

pembuatan plastik dan gentian.

UMUM 
DESERET

Deseret ialah perkataan yang bermakna lebah

madu dalam Kitab Mormon. Penganut mazhab

Mormon menjadikan lebah madu sebagai simbol

kerja kuat untuk mencapai kejayaan di kediaman

mereka di Salt Lake Valley, Amerika Syarikat.

UMUM 
NUREYEV, RUDOLF

Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah

seorang penari balet teragung pada tahun 1900-

an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti

persembahannya yang menarik dan teknik tarian

yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev

menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun

1962, dia mula menari berpasangan dengan

balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame

Margot Fonteyn. Mereka mengadakan

persembahan bersama-sama dalam balet seperti

Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai

koreografer (penggubah tarian), Nureyev

mencipta versi baru beberapa balet, termasuk

Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda.

UMUM 
NEWCASTLE

Newcastle (pend. 293 368) terletak di muara

Sungai Hunter, 160 kilometer ke utara Sydney,

Australia . Newcastle ialah salah sebuah bandar

yang terbesar di New South Wales. Bandar

Newcastle mempunyai keluasan 215 kilometer

persegi dan penduduknya termasuk 129 490

orang yang tinggal di 18 buah kawasan

subbandar. Kawasan bandar (metropolitan)

meliputi lebih daripada 958 kilometer persegi.

Lebih daripada 30 buah kawasan subbandar

terletak ke selatan dan ke barat daya bandar ini di

City of Lake Macquarie (Bandar Tasik Macquarie),

yang merupakan bahagian yang paling pesat

pertumbuhannya di kawasan Newcastle.

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas