Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laktik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID LAKTIK

Asid laktik ialah asid organik biasa yang

ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain

yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di

dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam

dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik.

Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula.

Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan

haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga,

asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga

menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan-

lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula.

UMUM 
YOGURTYogurt ialah produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi susu oleh bakteria. Ia merupakan kasein (sejenis protein dalam susu) separa pepejal yang terbentuk daripada tindakan bakteria asid laktik tertentu terhadap campuran pepejal susu tanpa lemak, lemak susu, gula dan agen penstabil.PEMAKANANSifat/Keadaan
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM 
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM 

Kembali ke atas