Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2 banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3 dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1 menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap: Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Puisi
 

Lalu gejis laku berjulang,
     Dimakan orang di rumah darat;
Cakap baik tak usah juak dibilang,
     Kakandamu boleh menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti beras lembab: dijual tak laku,
     ditanak tak muai.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM 
LAKU MUSNAH UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
TINGKAH LAKU PENYESARAN

Tingkah laku penyesaran merujuk kepada

kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai

dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai

contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya

apabila hendak mengambil keputusan apakah

untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan

tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan

emosi yang berkonflik.

UMUM 
SOSIALISASI

Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku,

merujuk kepada proses kompleks yang dialami

oleh individu ketika belajar mengenal dan

melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh

masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat,

idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku

yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli

psikologi, dan ahli sosiologi menganggap

sosialisasi sebagai salah satu cara utama

masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui

sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain.

UMUM 
SOSIOBIOLOGI

Sosiobiologi ialah kajian tentang biologi yang

merupakan asas bagi tingkah laku sosial manusia

dan haiwan lain. Ahli sosiobiologi cuba

memastikan fungsi pelbagai jenis tingkah laku

dalam kehidupan haiwan. Mereka juga cuba

menemukan bagaimana keganasan, komunikasi,

dan jenis tingkah laku sosial lain itu berasal dan

berubah dari satu generasi ke satu generasi.

UMUM 
KEAGRESIFAN

Keagresifan, dalam bidang psikologi, ialah

tingkah laku perseteruan yang boleh

mencederakan atau mengganggu orang lain.

Tingkah laku sedemikian boleh berbentuk

serangan fizikal terhadap seseorang dan harta

benda mereka, atau berbentuk kata-kata cercaan.

UMUM 
NALURI

Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan

bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan

bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai

naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak

dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan,

latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan

tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli

sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku

naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan

pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat

disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah

laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua

jantina dalam spesies haiwan berkenaan.

UMUM 
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Psikologi perkembangan adalah kajian

tentang perubahan tingkah laku semasa hayat.

Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji

sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan

berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja,

iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan

umur awal 20-an.

UMUM 
1234

Kembali ke atas